Wednesday 9 May 2012

semangat!!!come 2 me plizz!!


Semangat maju diri
Mungkin hanya ada pada remaja dahulu
Di mana ibubapa mereka hanya petani
Pesawah, penoreh getah, nelayan
Bukan lagi bagi anak sekarang
Anak pekerja kilang, anak jururawat,
anak tukang masak, anak pemandu teksi

Semangat maju diri
Semangat asas manusia berjaya
Yang sedar dan mahu belajar
Meningkatkan pencapaian diri
Mengejar masa yang bergerak pantas
Tidak mahu tertinggal
Keciciran dalam peluang
Disamping kesempitan yang menunggu
Terbayang dan merisaukan
Kelekaan pasti merugikan

Semangat maju diri
Adakah pada remaja lepak?
Pada remaja bergaul bebas?
Pada remaja ponteng sekolah?
Pada remaja lumba haram?
Pada yang gila bermain game?
Pada yang bermain perasaan?

Semangat maju diri
Bagaimana dengan orang dewasa?
Pada yang membazir masa
Di kedai kopi, di pusat hiburan
Lepak bersembang kosong
Bertahun diri begitu
Ilmu tidak bertambah
Minda yang sempit dengan kejahilan
Salah sendiri menjauhi ilmu
Pada yang lebih tahu

Semangat maju diri
Teras pembangunan modal insan
Berilmu tanpa semangat tiada guna
Bersemangat tiada ilmu tiada guna
Caril ilmu dari orang yang berilmu
Cari semangat dari orang yang bersemangat
Maju diri maju masyarakat
Maju diri maju negara
Maju diri makmur Negara


sbnrny sajak nie bknnya dtulis mira tp mira rasa menarik...so,mira copy n
 paste....sharing is caring



No comments:

Post a Comment