Monday 21 May 2012

dalam sujud cintaku...peace!!

actually...nie antara lagu favorite mira.walaupn lagu nie agak slow ja rentakny...tp sebenarnya rentak mcm nie lar yg boleh buatkan kita terbuai dlm mghayati setiap bait2 kata 2...rite?lagu ni sdikit sbanyak dpt mberi rasa kinsafan dan ksyukuran dlm menikmati setiap nikmat yg diberikan olehNya...insyaAllah~

Sunday 20 May 2012

erk...erk...jgn tidur slps subuh??

ckp trus terang lar yg mira pn slalu tidur lps subuh...sbb lps ja solat rasa mngantuk...tp lps nie insyaAllah mira akn brubah sikit demi sikit...bkn utk apa...utk kbaikn diri jgk kn....so jom baca sama k..




TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAHCuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”
JIKA MAHU BERMUHASABAHRasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.
MASA UNTUK BERUBAHMaka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya bakal imamku sendiri(insyaAllah..one day), biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi

selamat hari tua(^_^)

Allah selamatkan kamu....,
Allah selamatkan kamu....,
Allah selamatkan Muhd Faisal...,
Allah selamatkn kamu!!!!!


insyaAllah~


hahaa....sempena hari jadi yg ke22 mira buh entry nie dlm blog....
semoga dpanjgkn umur dan dimurahkn rezeki dunia dan akhirat
semoga sukses dlm career n sntiasa snyum sokmo!!!
ikhlas dr adikmu n family
peace...no war!!!~
wohooo...identiti dan muka drahsiakn...





                   

Dalam Sujud Cintaku

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu


Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu


Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu


Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku

Wednesday 9 May 2012

semangat!!!come 2 me plizz!!


Semangat maju diri
Mungkin hanya ada pada remaja dahulu
Di mana ibubapa mereka hanya petani
Pesawah, penoreh getah, nelayan
Bukan lagi bagi anak sekarang
Anak pekerja kilang, anak jururawat,
anak tukang masak, anak pemandu teksi

Semangat maju diri
Semangat asas manusia berjaya
Yang sedar dan mahu belajar
Meningkatkan pencapaian diri
Mengejar masa yang bergerak pantas
Tidak mahu tertinggal
Keciciran dalam peluang
Disamping kesempitan yang menunggu
Terbayang dan merisaukan
Kelekaan pasti merugikan

Semangat maju diri
Adakah pada remaja lepak?
Pada remaja bergaul bebas?
Pada remaja ponteng sekolah?
Pada remaja lumba haram?
Pada yang gila bermain game?
Pada yang bermain perasaan?

Semangat maju diri
Bagaimana dengan orang dewasa?
Pada yang membazir masa
Di kedai kopi, di pusat hiburan
Lepak bersembang kosong
Bertahun diri begitu
Ilmu tidak bertambah
Minda yang sempit dengan kejahilan
Salah sendiri menjauhi ilmu
Pada yang lebih tahu

Semangat maju diri
Teras pembangunan modal insan
Berilmu tanpa semangat tiada guna
Bersemangat tiada ilmu tiada guna
Caril ilmu dari orang yang berilmu
Cari semangat dari orang yang bersemangat
Maju diri maju masyarakat
Maju diri maju negara
Maju diri makmur Negara


sbnrny sajak nie bknnya dtulis mira tp mira rasa menarik...so,mira copy n
 paste....sharing is caring



Tuesday 8 May 2012

how 2 get de xcellent result?

here it is......


actually i've found dis at my fb homepage....so,i decided 2 share it here...
sharing is caring,rite??yes,it is!!


wasalam...

Saturday 5 May 2012

aq yg lnsung x up to date...:,(

walawey.......macam2 tudung,macam2 shawl,pashmina,kain pasang,brooch..etc!!!
smpai x terikut mira dgn trend skunk nie...trend yg x cntik mira x lah ksah sgt...tp ni kan...pnya lar byk trend yg lawa2 mira x smpat beli...klu x smpat beli mksdny x sempat pakai...,klu x sempat pakai mksdny x sempat bfesyen dgn trend tbaru..,klu x smpat bfesyen mksdny____________________________tgk tittle entry kt atas~~tp x yah sgt nk pk nk ikt trend....mngejar trend mksdny lebih kurang mengejar dunia[yalah....kt dunia nie jew yg kita dk btrend segala bagai].kata2 dipetik dr seorg penceramah yg dtg mbri ceramah dkt kwn2 batch f5 sblm SPM:
          manusia nie selagi dk mngejar dunia selagi 2 jgk dunia lari mnjauhi kita...,tp klu selagi manusia mngejar              
          akhirat maka ia makin mghmpiri yakni mberi kita byk syafaat...
cth yg mudah,kita amik revolusi tv...jenis tv yg paling lama mira pnh tgk ialah tv yg ada pintu(yg boleh buka tutup mcm almari 2)...yg ke2,yg btk 4 segi tp wrna mcm croome yg sblh kiri kanan ada tmpt suara 2...lps 2,cm besa larh,still 4 segi +berat+tebal+skali beli yg 32 inci 2 klu nk bwk balik sniri(kes org bjimat)kena angkut 2,3 org utk bwk masuk n kluar dr keta.revolusi yg tbaru LCD,dia mai plark bntuk nipis+ringan+lansing+cun(boleh wat laki bini sebelah rumah bgaduh sbb hubby x nk beli sbb...waduh2..mahal!x semua mmpu beli...semakin lama tv jenis nie semakin nipis...semakin ringan....sampai siap boleh gntung kt dinding.....bygkn mcm mana plark tv jenis nie 3,4 tahun akan datang...adakah setebal frame????yg bila ttamu dtg ttnya2 nie tv ka frame gmbar....konklusinya di sini ialah..,jgnlah kita tlalu nk ikt trend semasa sbb dkt dunia nie akn byk blakuny perubahan yg x terfikir dek akal dan x termampu diikuti tetapi sntiasalah ikut khndak agama yg mana x akan ada prubahan....
wasallam....